PROGRAM KEM REMAJA DI UMANG-UMANG CHELET MELAKA

Alhamdullillah program anjuran bersama Pusat Kaunseling MAINS Cawangan Rembau dengan Mini Rtc Pedas Gaing dan JKKK Kg. Pedas Gaing telah berlangsung dengan jayanya. Terima Kasih kepada PK MAINS kerana telah merealisasikan impian saya untuk membawa remaja belia untuk berkem. Tahniah dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada TEAM PK MAINS kerana telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dan juga kepada team Umang-Umang Chalet yang saya kira telah membuat anjakan paradigma minda kepada para peserta. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. Diantara pengisian program ini adalah night walking, qiamullai dan solat hajat, obstacle game & juga jungle tracking. Terima Kasih juga pada para peserta kerana memberikan komitmen yang baik semasa program ini berlangsung. Insyaallah next program kita buat lebih seronok dan gempak.