SEJARAH KAMPUNG

KAMPUNG PEDAS GAING


¡       Menurut sumber-sumber cerita dari orang-orang tua, Kampung Pedas Gaing telah diterokai dalam pertengahan kurun ke-17 iaitu pada tahun 1642 selepas Perang Naning dengan orang-orang Belanda. Selepas orang-orang Naning tewas, mereka telah lari ke Rembau dan menetap di Kampung Masjid Tanah Di Chembong, Rembau. Di antara mereka termasuklah tok anggun serban kuning dan keluarganya. Dalam meneroka kampung ini, beliau telah berehat di bawah sebatang pokok. Pada ketika itu, gugur sebiji sebesar buah betik dari pokok pokok tersebut lalu di belah-belah dan dimakannya beramai-ramai. Buah yang dimakan itu terasa pedas dan dari situlah tanah baru yang diterokai itu diberi nama “PEDAS”.

¡     Mengikut sejarah, Tok Anggun Serban Kuning seringkali berulangalik dari Kampung Masjid Tanah ke Kampung Pedas. Pada suatu hari, ketika menyusur sebatang anak sungai, serbannya telah tersangkut pada tersangkut pada sebatang ranting yang berduri yang dikenali sebagai pokok chengkering lalu dinamakan sungai gaing. Jadi dari situlah nama pedas gaing ini wujud di pertengahan kurun ke 17 masihi. Kebanyakan penduduk asal pedas gaing ini terdiri daripada suku seri melenggang naming.

¡    Oleh itu, wujudnya sebuah kampung yang bernama “KAMPUNG PEDAS GAING” 

OBJEKTIF



¡  Menjadikan Kampung Pedas Gaing Maju, Menarik Dan Mengguntungkan.
¡  Mempertingkatkan Pemikiran Dan Ekonomi Masyarakat.
¡  Mewujudkan Insan Yang Berkualiti Dan Berketerampilan.
¡  Mengeratkan Hubungan Antara Rakyat Dan Kerajaan.
¡  Mengeratkan Hubungan Antara Kaum Di Kampung Pedas Gaing.




  1. LOGO & MOTTO 

“PERPADUAN MENJANA KEMAJUAN”



BUMBUNG MINANGKABAU melambangkan adat pepatih yang menjadi amalan majoriti penduduk.




OBJEK “ORANG-ORANG” bergandingan tangan melambangkan perpaduan antara penduduk tanpa mengira kaum,bangsa dan agama.



DAN HITAM dipilih sempena warna ini terdapat WARNA KUNING,MERAH di dalam warna bendera negeri dan menjadi warna kebangaan seluruh rakyat Negeri Sembilan.






Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGONG GABUNGAN TABIKA KEMAS